Filed under: Uncategorized
Salamimg
www.muslimahmelayu.islamicink.com
See u there…insyaAllah
Salamimg
www.muslimahmelayu.islamicink.com
See u there…insyaAllah

I’m really considering of moving to another host. Im kinda tired of this love and hate relationship that i have with hadithuna. I cant post my pics, i cant install those c box…i’ve been trying to put up that hijri calendar for months but still nothing! esshh. Maybe i should just leave and say gdbye to hadithuna. hmmmmm.

I stumbled upon this blog and found the post below. I’ve read the other version of it. But this one is just perfect. A perfect message for muslimahs out there, especially including me. My love ones, sometimes the urge is just soo overwhelming, but a true muslimin will know a true diamond. Do not succumb to your nafs. Be strong.
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah
.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang baik tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah
memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa…..
Cintailah Allah
di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah
. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah
.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah
kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah
tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya Allah
mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia bagai seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
.
Kebelakangan ini aku banyak merenung diri. Muhasabah diri. Memang perkara ini ku cuba lakukan sekerap mungkin. Tapi entah kenapa, kali ini, ia terasa lebih dari selalu. Terkesan dari selalu. Ya Rabb, sungguh aku bersyukur padaMu kerna mempertemukan diri ini dengan insan-insan yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya hanya keranaMu. Insan-insan yang setiap gerak-gerinya, diusahakan untuk mendekatkan diri padaMu. Sungguh perjalanan ku ini masih jauh. Teguhkanlah hati ini Ya Rabb untuk selalu istiqamah di jalan ini.
Banyak nama dan wajah yang bermain dimindaku sewaktu ini. Antaranya M, gadis kecil molek tapi jiwanya sungguh besar. Dirinya selalu menjadi orang pertama yang menghulurkan bantuan. Tanpa banyak bicara. Tanpa banyak soal. Jadi supir? Oh boleh! Nak poswoman? Bisa saja! Nak buah fikiran darinya? Oh banyak! Disebalik semua itu, dia masih tersenyum, masih boleh bergurau senda dengan penuh hikmah. Gerak-gerinya menunjukkan kematangan yang jauh dari umur sebenarnya. Banyak kali aku malu dengan diriku yang dipanggilnya ‘kakak’ namun kurang matang darinya. Akhlaknya sungguh cantik sekali. Permata yang istimewa, muslimah sejati.
Setahun yang dulu, aku dipertemukan dengan U. Mula-mula ku bertemunya, tidak terlintas langsung dibenakku bahawa lelaki ini memiliki ilmu yang cukup banyak. Pakaiannya diwaktu itu cukup santai, kemeja biru dan seluar jeans biru yang sengaja dilipat hujungnya supaya pendek. Ditambah dengan beg sekolah yang tersangkut dibahunya. Memang penampilan yang cukup bersahaja. Namun apabila dia mula berkata, aku sedar, dia pencinta ilmu. Dan setiap ilmu yang dipelajarinya, dipraktikkan dan diajarkannya dengan sepenuh hati. Kurasa, setiap kali dia membuka mulut, mesti ada sesuatu yang dapat ku pelajari darinya. Tak ramai orang sepertinya. Ikhlas memberi tanpa mengungkit atau pun mengharapkan pujian. Semua kerana yang Esa. Kita memerlukan lebih ramai sepertinya.
“… Katakanlah: ‘Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’…” [Az-Zumar: 9]
“Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa” (Al-Hujurat: 13)
Seminggu yang lalu, aku dipertemukan dengan banyak kuntuman-kuntuman bunga yang terlarang. Wajah mereka cantik namun kurasa mereka tidak sedar akan semua itu. Setiap seorang dari mereka memilki wajah yang bercahaya, indah dan tenang, tanpa secalit gincu. Tudung besar, baju labuh, gerak-geri mereka diperhatikan oleh mata-mata yang tidak biasa dengan pandangan itu. Mungkin bagi mereka itu satu pemandangan yang cukup janggal. Masakan masih ada remaja-remaja yang mahu berpakaian sebegitu labuh dan tertutup. Cantik pulak tu! Alhamdulillah, masih ada. Dan insyaAllah mereka akan tetap ada. Mereka memegang perinsip ‘biar ganjil dimata manusia tapi indah ‘dimata’ Allah
’. InsyaAllah mereka termasuk orang-orang yang beruntung.
Islam itu permulaannya asing, dan nanti akan kembali menjadi asing seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang2 yang asing itu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Banyak kali ku malu sendiri sewaktu bersama mereka. Ada satu ketika itu aku sebok beceloteh dengan rakan. Tapi bila ku toleh kepada meraka, mereka sedang membaca Al-Quran. Aduh. Betul jugak. Buat apa buang masa dengan omong kosong, lebih baik baca Al-quran. Minda tenang, dapat pahala pula. Lalu ku buka Al-Quran dan buku notaku. Tapi bila mata mula mengantuk, aku kembali dengan aktiviti omong kosongku. Namun bila ku lihat mereka lagi, mereka sedang membaca buku-buku ilmiah Islam pula. Aku malu lagi. Sungguh aku yang cetik ilmu ini yang sepatutnya kena lebih belajar dan belajar lagi. Bukan mereka yang sudah hafal banyak hadis-hadis dan ayat-ayat Al-Quran.
“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara; iaitu masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.” (HR Al-Imam Al-Hakim)
Alhamdulillah, Allah
banyak mempertemukan ku dengan orang-orang yang begitu istimewa. Orang-orang yang hanya dengan duduk sejenak bersama mereka telah membolehkanku beroleh buah yang begitu berharga. Buah yang pelbagai dan lebih mahal dari emas, perak dan intan.
Apa yang amat ku kagumi dari mereka ini juga adalah sifat tawadduk (rendah diri) mereka. Amat jarang sekali ku dengar mereka menceritakan tentang kelebihan yang mereka ada. Bercerita tentang perkara mengenai diri mereka yang tidak membawa apa-apa faedah, pun amat jarang sekali ku dengar. Jarang sekali perkataan ‘saya’ dan ’aku’ ku dengar dari mulut mereka. Kebanyakannya… ‘mereka’, ‘awak’, ‘akak’ dan ‘dia’.
‘Mereka’ memerlukan kita, ‘Awak’ sihat ke?, ‘Akak’ penat tak?, ‘Dia’ orang yang sangat baik.
Begitu lah mereka, selalu memikirkan kesejahteraan orang lain. Jarang sekali mereka berasa hairan dengan diri mereka sendiri.
Terkenang aku akan A yang ku temui beberapa bulan lalu di negara jiran. Cantik, genit dan petah berkata-kata. T-shirt labuh muslimah pakaian hariannya. Tidur dilantai tanpa alas perkara biasa baginya. Makanan yang dihidang oleh akhwat dimakan tanpa banyak soal. Desas desus mengatakan dirinya anak kepada seorang yang sangat kaya dinegara jiran. Ayahnya pemilik empayar bisnes yang amat gah. Tentu dirinya sememangnya terbiasa dengan kehidupan mewah. Namun akhlak yang indah telah menegah dirinya dari berkata banyak dan menerima apa yang diberi seaadanya. Memang dirinya patut diteladani.
Bagaimana pula dengan N.a? Juga dari negara jiran. Ahhh yang seorang ni memang antara yang paling indah akhlaknya pernah ku temui. Tahap kesabarannya begitu tinggi. Melayan kerenah-keranah ’akak-akak’ yang bermacam-macam ragam. Tutur katanya tak pernah menyakitkan hati. Kurasa setiap sesuatu yang ku pinta darinya….secara direct atau tidak, dia kan usahakan supaya ku mendapatkannya. Setiap masa yang terluang dengannya akan disuntikkannya supaya ku ingat akan Allah
. ‘Adik’ jasamu kan selalu ku kenang! InsyaAllah jika ada rezeki, akak akan jumpa adik lagi.
Mereka semua ini membuat ku berfikir. Apakah aku juga seperti mereka? Dapat menggerakkan minda untuk mengingati Allah
hanya dengan duduk bersamaku? Kurasa tidak. Keperibadianku masih banyak cacat celanya dibanding dengan mereka. Sudahkah aku memperuntukkan sebanyak masa yang terluang untuk menambah ilmu akhirat? Belum lagi, masaku banyak yang terbuang dengan perkara-perkara dunaiwi yang melalaikan. Hatiku pula belum sesuci hati mereka yang hendak memberi, memberi dan memberi tanpa mengharapkan pujian atau pengikhtirafan seperti mereka. Langkahku kadangkala permulaannya memang ikhlas tapi dipenghujungnya dikaburi oleh bisikan-bisikan syaitan. Aaah memang beribu macam lagi mestiku perbaiki dalam diri ini.
Ya Raheem, ku mohon kepadaMu untuk sentiasa menempatkan aku ditengah-tengah manusia yang mengharapkan keredhaanMu. Agar setiap qudwah hasanah mereka meresap kediri ini. Bimbinglah daku Ya Rahmaan, kerana diri ini amatlah lemah tanpa pertolonganMu.
Satu sifat yang akan sentiasa diuji sepanjang kita berada dijalan dakwah adalah sifat sabar kita. Kadangkala kita tidak dapat lepas dari rasa geram, geram kenapa ‘dia’ ni lambat sangat. Geram…kenapa ‘dia’ ni belum berubah. Geram….kenapa ‘dia’ ni, last time kita check, stage 4, minggu ni tiba-tiba dah balik ke stage 1….apasal??
Lupakah kita akan doa Rasulullah:
”Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.”
Ya. Bagi yang menggelar dirinya pejuang-pejuang Allah
, ingatlah akan doa tersebut. Ianya satu bukti bahawa hati ini memang boleh berputar.
Jadi, janganlah kita menambah kekalutan dihati yang berputar-putar dengan kata-kata yang menyakitkan. Bahasa-bahasa yang cukup melukakan dan paksaan-paksaan yang menghimpit hati yang pening dek putaran-putaran itu.
Takut-takut nanti ‘dia’ semakin lari, bukan hampir seperti yang diharapkan.
Siapa kita untuk berasa seolah-olah kita lebih baik dari ‘dia’?
Siapa kita untuk berasa kita lebih betul dari ‘dia’?
Siapa kita untuk berasa perasaan ‘dia’ adalah numbur 2?
Dan kemahuan kita adalah lebih utama?
Didalam keghairahan kita untuk menegakkan haq, janganlah kita lupa perasaannya. Mungkin dia telah mencuba namun masih bertarung dengan Al-Hawwa. Tiupkanlah kata-kata semangat, bukan yang menyengat.
Semua ini sudah tentu adalah kata-kata peringatan bagi diriku yang masih belajar.
Alhamdulillah, Akh Faridul juga menulis perkara yang sama beberapa hari yang lalu. Sudah tentu tulisan beliau lebih mantap. Silalah ke halaman beliau dan baca.Mudahan kita beroleh pengajaran darinya. Click.
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah
(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu) dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah
, sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Al-Imran: 159)

I was asked the question below by a brother and decided to write a proper post as a reply. Jazakallah brother for the question
assalamualaikum,
hi. am new here. just wondering if we could have some info on marriage and how husband should treat wife as required in islam. Am a husband and a father of three beatiful kids, and wish to gain the info to advise few friends on how should we treat our wives. – Shaiful
Salaam Brother Shaiful,
May you be in the best state of health and Iman, Ameen.
Brother, unfortunately, im not an expert in the area you are asking. But I will do my best to answer you and guide you to a few links that I found on the duties of a husband/father.
One thing that a man should be aware of, whole heartedly, once he enters the world of marriage is that he is now responsible in leading an organisation. A family. Everything that happens in that organisation should be under his supervision and things which are against the rules of Allah
that happen within the family would also be partly his fault.
Unfair you might say? But this is the reality. A reality in which I think most fathers are not aware of. I know this because I’m a teacher. And many times I’ve heard my teenage students telling me that they are bringing members of the opposite sex into their rooms for a ‘study group’. We all know this is not the way. In fact, 2 non-mahrams should not be left alone together, be it they are cousins or ‘bestfriends’, as the third amongst them will be the syaitan. Na’uzubillah
Let me bring you to this ayat At-Tahrim:6
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
“O you who believe! Ward off from yourselves and your families a Fire (Hell) whose fuel is men and stones, over which are (appointed) angels stern (and) severe, who disobey not, (from executing) the Commands they receive from Allah, but do that which they are commanded.”
Hence brother, the duty of a husband/father, first and foremost, is to protect his family from the hellfire. And to do this, a strong Islamic foundation is needed in supporting the family. Never stop learning the religion as you will find that the more we learn, the more secrets we need to uncover. How can we lead a family if we don’t really know our religion? Never think that the 6 years we spent in Ugama schools is enough to guide us for the rest of our life, including leading a family. Big mistake.
I personally feel that in leading a family, a father/husband should start with leading his family in performing the prayers. (i.e. sembahyang berjemaah). This is very important. Maybe every Subuh, Maghrib and Isyak prayers? If you have a son, you can ask him to be the bilal. After the prayers and dua, the father can share a valuable hadith or maybe a short Islamic story with the family. And the whole family can have a short discussion on the hadith or short story. Or maybe read a page from the Qur’an and then have a short discussion on the meaning behind the ayats? But you would need a good Tafseer for this (I recommend the Fi Zhilalil Qur’an, by Syed Qutb).
Another thing which I personally feel that most fathers/husbands tend to forget is that, ensuring that their daughters/wife have covered their aurah, fully, once they are in front of a non-mahram.
Rasulullah s.a.w once said:
“Tiga yang telah Allah
haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” ( Riwayat Ahmad )
“Allah
has forbidden Paradise to three people: the alcoholic, one disobedient to parents, and a careless husband who is complacent in the face of the evil deeds that his family is performing” (Ahmad)
MasyaAllah, indeed, a husband’s or father’s duty is heavier than most men are aware of.
Showing aurah to a non-mahram, IS a form of maksiat. In fact, whenever a man saw the aurah of a woman, in which the woman has purposely showed her aurah to the public, this is already considered as a form of Zina of the eye (Zina mata). nauzubillah. Now showing the aurah here includes wearing tight clothings, even if the lady is wearing a hijab. So isn’t showing the aurah a form of evil deed? Indeed it is! (refer back to the hadith above).
A father/husband needs to be ready to educate his family the Islamic way. This includes teaching the understanding of Islam. Answering the why-questions. Teaching akhlak the Islamic way. But before one can do this, one needs to start educating oneself in those areas first. Try to find Islamic articles on the way how Rasulullah led his family members. As he once said:
“Yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya (isterinya). Dan aku paling baik diantara kamu terhadap keluargaku (isteriku).” (HR. Ibnu Majah dan Al-Hakim)
“The best of you is one who treats best with his wife among you. And I am the best of you toward my wives.”
As I’ve repeatedly mentioned above, the duties of a husband/father is a lot. It can be both physically and mentally draining. Hence one should practise sabar.
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu shalat dan bersabarlah kamu dalam menghadapinya…….”. (Thaha 20: 132)
And bid your family for prayer, and be you steadfast over it. We ask not of you a sustenance. We shall provide you. And the good end is for those guarding against evil. (Thaha 20:132).
Make duaa brother. Ask for HIS help in leading the family. Pray that each and every member of your family will be amongst the dwellers of Jannah.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami, dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (AL-Furqan 25:74).
“’O Our Lord’, grant us from our lives and offspring the coolness of eyes and make us the leader of those who guard themselves against evil. (Al-Furqan 25:74)
“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar do’a.” (Al-Imran 3:38)
“’O my Lord! Give me from Yourself pure offspring; no doubt, You only are the Hearer of prayers.” (Al-Imran3:38)
InsyaAllah even the angles will make dua for you too, as they always make duaa for the believers, as stated in Surah Al-mu’min:
“Ya Tuhan kami masukkanlah mereka ke dalam syurga And yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang shaleh diantara nenek moyang mereka, dan isteri-isteri mereka dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkau- lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Mu’min 40:8).
“O our Lord! Admit them into gardens of habitation which you have promised them, as well as those who are righteous of their fathers and wives and children. Undoubtedly, You are the Honourable, the Wise.” (Al-Mu’min:8)
I apologise if my answer is not as detailed as you would like it to be as I said in the beginning my knowledge in this area is very limited. But here are some links that might interest you, a friend help me find them two nights ago
http://fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat26/nasihat26.html
http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat29/nasihat29.html
http://www.geocities.com/kibar_uk/akhwat/usrah/kelislamdanneraka.html
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=95
May Allah
be with you and your friends brother. Feel free to stop by and ask me some other questions. InsyaAllah will do my best to help you. InsyaAllah.
Ya Allah
,
Jadikanlah hati-hati ini betemu hanya keranaMu,
Benar-benar keranaMu,
Peliharalah hati-hati kami Ya Allah
,
Dari bisikkan-bisikkan yang luarannya indah,
Namun hakikatnya menjauhkan kami dariMu…..
Article below is from : http://muharikah.wordpress.com/2007/04/16/sesuci-cinta-khadijah-seikhlas-kasih-rasulullah/
Jazakallah hu Khairan Kathira to the author for an insightful story
![]()
Sesuci cinta Khadijah seikhlas kasih Rasulullah
salam,
kite jarang ada role model yang kita nampak dan dengar ceritanya tentang baitul muslim. kita rasa susah nak imagine kawen dengan orang yang tak pernah kite tengok.and kadang2 kita rasa mustahil ke nak kawen dengan orang yang tak pernah kite kenal pun..
ana minta seorang sahabat ana yang sudah pun memiliki 2 cahaya mata hasil pernikahannya menerusi baitul muslim ini untuk menulis kisah hidupnya, bagaimana dia berjumpa suaminya dan saat2 menjelang pernikahan mereka..
kadang2 bile kite baca or dengar kisah sebegini baru kita faham apakah tujuan sebenarnya pernikahan kita dan bentuk bagaimanakah pernikahan ideal yang boleh kite miliki…
sesungguhnya tak mustahil menjadi sesoleh dan setaqwa mereka… binaan islam itu terletak pada kualiti orang yang membina itu sendiri. jika kita tak dapat menjadi role model pada masyarakat siapa lagi? Maksiat yang besar itu berlaku bila maksiat hati yang kecil itu tidak dijaga sejak awal lagi..
insyaallah saya dalam proses mengumpul lagi cerita2 sebegini dari beberapa sahabat lain yang melalui proses yang sama… muda2h2an banyak manfaat yang kita dapat dari kisah sebegini…
errmm, kisah ni kisah benar dan atas permintaan penulis, nama2 watak itu tidak boleh diambil sebab nak reserve untuk bakal anak2nya nanti..hehehe
wasalam
Jangan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama,saat menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah. Cinta itu ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.
Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan…’I will marry a stranger!’…Namun aku pasrah…
Jam 8.00 malam
‘Yang mana satu ek…?’
‘Yang itukan?’..
‘Iskh..bukan lah..itu kawan dia’..
‘OOo..ye ke..hurm…. takde beza pun…Mana satu ni?’‘Aku terima nikahnya Najdatul ‘Iffah binti Umar Faruq dgn mas kahwinnya 80 ringgit tunai….’.
‘‘Iffah dah jadi zaujah!’ Bisik Wafa’ sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira..
Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allahberikan padaku….
Bila ada keindahan,
Yang mewujud utuh..
Dalam seluruh dimensi..
Dan menyentuh utuh..
Sepenuh rasa di jiwa,
Itulah detik ijab qabul..
Selamanya..
Indahnya nyata..
insyaAllah. “Assalamualaikum!’ sapa satu suara.Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar…Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu, aku menebak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.
‘Tak sempat lagi tengok muka dia’
‘Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?’ Wafa’ masih tersengih memerli.‘Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?’
‘Makan kot…kat luarlah..pergilah tengok,’
‘Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula’.…
Aduhai…
Akhawat yg ada geli hati agaknya melihat gelagat ‘Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.
Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.
Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali.
Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, ’Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.
Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah
. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah
. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan…
‘Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana intima’ dan kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.
Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yg cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.
Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.
Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, ’Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di ‘cc’ kan pada mereka yang selayaknya.
ustaz….Ukhti…
Entah di mana ana harus mulakan…agak segan menulis kata2 walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua….Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu la didetailkan lagi…Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah.. ..Ana pasti ukhti iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing2 faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita …ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allahs.w.t….semoga Allah
berikan yang terbaik buat kita semua….. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti. …….
Perbincangan sering berlaku lewat email dan ‘yahoo messenger’. Atas alas an untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yg mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di ‘cc’ kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya ‘Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan ‘doakan diriku pejuang sejati’ mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.Thariq zayyad : ok ukht, ana undur dulu…
‘iffah : ok, jaga diri ..
Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)
‘iffah..insyaALlah. .wassalam..
Thariq :wslm wr wbt..Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah
swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.
Alhamdulillah, Allah
tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh dirinya pada Allah
! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!
Ruang dialog hati,
dalam kesedaran cinta ilahi,
sebagai sebenar-benar cinta.Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah
. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya.. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita…
Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..
Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…
Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah
swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya….
kala cinta bertanya pada cinta..
imanlah jawabnya..Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut…bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.
Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?
Di sini teduh hadir kukuh,
Di kelopak cerah segala bunga,
di pucuk-pucuk hijau segala rasa..
Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!
Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.
Benarlah… nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih…
Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku….
‘ Ya Allah
. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..
kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..
tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
kesejukan setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’
Daripada Abi Bakrah radiallahu anhu: Bahawa seorang lelaki telah memuji kebaikkan seorang lelaki yang lain di hadapan baginda nabi sallallahu alaihi wassalam,maka baginda pun berkata:
“Wahai lelaki,Kamu telah memancung tengkuk saudaramu sendiri”
Dan beliau berkata sedemikian berkali-kali
Abu Musa reported Allah
’s Messenger (may peace be upon him) saw a person lauding another person or praising him too much.
Thereupon he said: You sliced the back of a person.
And he (the Prophet) repeated the saying a few times.
The hadith above is very deep dont you think? Praising, indeed, can be very destructive.
Think of the times when we praised someone in the past, why did we do it? Was it to gain his/her approval?
Did we ‘overdo’ the praise? Was half of the praises even true? If not, then, we were lying.
Did we accidentally invoke the feeling of ’ujub’ or ‘takabbur’ into the other person?
Ahhh then we helped sowed the germs of the heart ‘disease’ into the other person.
The tongue is indeed sharper than a sword!